Its All About Life
Tuesday, October 16, 2012
MAMPUKAH AKU???
~~~Its's been quite long since my last entry..........
~~~Sepanjang masa itu jugaklah macam2 perkara berlaku..Entah di mana silapnya,aku sendiri bingung memikirkannya..Mungkin jugak aku punca segalanya..Akulah yang memulakan segala kekusutan itu..Apakan daya,aku jugak manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan..Persoalannya sekarang,MAMPU KAH AKU PERBETULKAN KESEMUANYA KEMBALI???..Aku bingung..Aku buntu memikirkan caranya..Akhirnya aku mendapatkan nasihat pakar mengenainya dan dia memberi aku 3 pilihan untuk aku pilih..
1.Jangan buat apa2 dan sengsara..
2.Bercerai untuk jaga iman dan cari bahagia sebenar..
3.Semua pihak berubah dan merapatkan diri dengan ALLAH dan hidup bahagia..
~~~Melihat pilihan itu buat aku berfikir sejenak..Dulu,aku sudah mengambil pilihan pertama sebagai langkah pertama dan kesudahannya seperti apa yang berlaku sekarang ini..Hanya tinggal pilihan kedua dan ketiga..Sudah semestinya pilihan kedua itu adalah pilihan terakhir yang patut aku cuba..Oleh itu..Buat masa ini,aku harus menggunakan pilihan ketiga itu..Pilihan ketiga itu benar2 membuka mataku..Melihatkan aku yang sudah lupa dan leka dengan segala ilmu yang pernah aku pelajari dulu..'Ya ALLAH Ya Tuhanku!!!cepat sungguh aku melupakanMu'..Aku bukan diriku yang dulu sejak bermulanya aku bergelar seorang ISTERI..Oleh itu aku perlu berubah..Aku tau aku mampu lakukannya..Sekali lagi persoalan bermain di minda ku..APAKAH DIA JUGA MAHU BERUBAH??..Macam mana kalau dia enggan..Ke-engganan nya berpunca dari aku..Aku yang menyababkan dia jadi begitu..Untuk itu aku perlu berubah dahulu..Berubah ke arah yang lebih baik,dan menjadi contoh kepada dirinya supaya dia terbuka hati suatu hari nanti..
AKU HARAP AKU TAK PERLU MENGGUNAKAN PILIHAN KEDUA ITU...............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment